SOALAN LAZIM ?
Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card)
untuk mendaftar?
Tidak perlu membeli kad SIM
baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda gunakan
sekarang untuk mendaftar.
Soalan 2: Adakah saya boleh menggunakan nombor MNP (Nombor yang
sudah ditukar servis ke telco lain)?
Anda tidak dibenarkan
mendaftarkan nombor MNP / nombor yang sudah ditukar servis ke telco lain
seperti asalnya nombor Maxis telah ditukar
menjadi telco Celcom dan mendaftar dimana-mana server. Jika anda mendaftarkan
nombor MNP, kami bimbang ia akan merumitkan keadaan server untuk membaca data penghantaran
anda ke server.
Soalan 3: Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar
atau mendapatkan komisen?
Tidak.
Pihak kami hanya
memerlukan maklumat ringkas mengenai butir peribadi anda seperti
Nama,No.Telefon dan pengesahan pembayaran sahaja. Komisen akan dibayar
terus
ke akaun modal topup anda, bukan ke
akaun bank.
Soalan 4: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor dan
jumlah yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam?
Ya. Server B anda
boleh melakukan jualan lebih daripada sekali. Walaubagaimanapun, anda boleh melakukan
jualan nombor dan jumlah jualan yang sama selepas 2 jam berikutnya.
Soalan 5: Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup,
dapatkah ia ditarik balik?
Tidak. Jika anda telah
menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak
dapat ditarik balik. Jika ini berlaku,
pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami.
Pastikan nombor yang anda
ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.
Soalan 6: Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had
limit atau tempoh sah?
Tidak. Modal yang agen
miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya.
Hanya limit kepada jumlah modal yang
anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan
anda membuat jualan topup.
Soalan 7: Adakah server topup beroperasi 24 jam?
Ya. server beroperasi selama
24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Soalan 8: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
Kebiasaannya, server akan
memproses segala transaksi topup kurang daripada 10 saat. Proses yang
mengambil masa lebih 10 minit tidak akan diproses.
Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal.
Faktor-faktor kelewatan dan kegagalan mungkin berpunca atas beberapa sebab
samada dari server atau pusat
telco.
Soalan 9: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid),
boleh saya menyertai agen topup ?
Boleh tapi kami tidak
galakkan. Tidak ada masalah kerana kami juga menerima pendaftaran anda jika
anda merupakan talian postpaid
Maxis/Celcom/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau
kemudahan untuk keluarga. Cuma membimbangkan akan cas SMS yang akan anda hantar
ke server jauh lebih tinggi kos berbanding
jenis prepaid, yang mana prepaid dapat mengaktifkan nombor penjimatan seperti 8pax/activ10/Digi
Friends dan sebagainya.
Soalan 10: Yuran pendaftaran yang dinyatakan adalah seumur hidup
atau perlu diperbaharui setiap hari/minggu/bulan/tahunan?
Yuran pendaftaran adalah
sekali sahaja seumur hidup. Tidak ada cas tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap
hari/minggu/bulan mahupun tahunan. Sistem topup ini anda boleh guna sampai
bila-bila.
Soalan 11: Saya dah tambah modal, tapi saya tak terima modal yang
saya tambah selepas 3 jam, bagaimana?
Semak semula SMS yang anda
hantar ke server. Pastikan maklumat bank, tarikh, masa dan jumlah yang betul.
Pastikan jua anda menambah
modal ke akaun yang betul. Sila hubungi talian HELPLINE jika anda mengalami masalah
modal tak masuk.
Soalan 12: Saya berumur 13 tahun. Bolehkah saya menyertai ?
Boleh. Syarat umur untuk
menyertai adalah 13 tahun dan ke atas.
Banyak ahli telah
menggunakan sistem topup ini, dan kami percaya mereka tidak tertipu. 100% keyakinan
dan kepuasan diberikan. Kami tidaklah
mengautkan keuntungan semata-mata tetapi membantu anda menjimatkan pembelian
topup berbanding di kedai biasa. Di luar anda beli topup Celcom RM10 dan anda
bayar RM10.
Bayangkan anda daftar disini dan membeli topup Celcom RM10 tapi hanya perlu bayar RM9.45. Sekurang-kurangnya berjimat. Kami juga harap dapat membantu anda kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan dalam bisnes topup ini dan memperolehi pendapatan sampingan. Manfaatkan telefon bimbit anda.